Tuesday, January 26, 2010

Roti..BAHAYA...??

Roti: Antara Bahaya dan Keperluan...
Oleh,
S.M.MOHAMED IDRIS
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

Kebanyakan roti dan ban yang dijual di sini melanggar undang-undang dengan
sewenang-wenangnya, ia mengandungi terlalu banyak bahan pengawet yang
dipanggil asid propionik, walaupun dibenarkan di bawah undang-undang makanan
kita, mestilah tidak melebihi paras yang ditetapkan oleh undang-undang.

Dalam ujian yang dijalankan oleh CAP baru-baru ini ke atas pelbagai jenis
roti yang dibeli di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, termasuklah roti bantal
dan beraneka jenis ban (termasuklah yang dihidangkan dan digunakan sebagai
burger dalam rangkaian makanan segera), didapati sehingga 92% mengandungi
asid propionik dalam jumlah sehingga 5 kali daripada yang dibenarkan oleh
undang-undang.

Di bawah Peraturan Makanan 1985, roti dibenarkan mengandungi asid propionik,
dan sodium, potassium atau garam kalsium dalam jumlah yang mestilah tidak
melebihi 2,000 mg/kg roti (Peraturan 65 (2) a).

Dalam ujian CAP ke atas 50 sampel roti (27 pada 2005 dan 23 pada 2006),
hanya 4 dalam lingkungan had untuk asid propionik. Selebihnya 46 daripada 50
sampel iaitu 92% daripada roti yang diuji oleh kami semuanya mempunyai asid
propionik melebihi 2,000 mg/kg (lihat jadual untuk keterangan lanjut).

Antara jenama terkenal yang turut terjejas adalah roti bantal dan ban
daripada Gardenia, High 5, dan Roman Meal. Turut terjejas adalah roti dan
ban dari rangkaian restoran makanan segera, pasar raya dan kedai roti
tempatan.

Gardenia

Sebagai contoh Gardenia Original Classic (Enriched White Bread) mempunyai
asid propionik 1.6 kali (ujian 2006) dan 1.8 (ujian 2005) melebihi had yang
dibenarkan oleh undang-undang. Gardenia Wholemeal Bread 2.6 kali (ujian
2006) dan 3.7 kali (ujian 2005) melebihi had selamat. Begitu juga Gardenia
Breakthru (Formula Multiwholegrain) adalah 2.4 kali (ujian 2006) dan 3.7
kali lebih tinggi (ujian 2005), sementara Gardenia Breakthru (Formula White)
adalah 3.3 kali lebih tinggi (ujian 2005).

Ban dari Gardenia juga terlalu buruk. Gardenia Roti Krim Coklat mempunyai
3.1 kali asid propionik melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang.
Gardenia Roti Krim Vanila juga 3.0 kali lebih tinggi dan Gardenia Roti Krim
Jagung juga 2.4 kali lebih tinggi.

High 5

Jenama terkenal lain High 5 mempunyai hasil yang sama buruk. High 5
Nutri-White Sandwich Bread didapati mempunya asid propionik 1.9 kali lebih
tinggi pada 2006. Ia bersamaan High 5 Sandwich Bread pada 2005 iaitu 3.2
kali lebih tinggi. Roti bantal bersaiz besar, High 5 Sure Value Sandwich
Bread ialah 3.4 kali lebih tinggi (ujian 2005). High 5 Wholemeal Bread
mempunyai asid propionik 1.7 kali lebih tinggi pada 2006 dan 3.5 kali lebih
tinggi pada 2005.

Ban High 5 juga mempunyai jumlah bahan pengawet yang melanggar
undang-undang. High 5 Roti Krim Vanila adalah 2.2 kali lebih tinggi dan High
5 Roti Krim Coklat 1.6 kali lebih tinggi.

Roman Meal

Kami juga turut menguji roti Roman Meal yang mahal pada 2005 dan ia juga
mempunyai paras asid propionik yang terlalu tinggi. Roman Meal Honey & Oat
Bran Bread ialah 3.4 kali lebih tinggi, Roman Meal Hi Calcium Bread 3.1 kali
lebih tinggi dan Roman Meal 12 Grain Bread 3.0 kali lebih tinggi.

Roti Pasar Raya

Kami juga turut menguji roti daripada pelbagai pasar raya seperti Giant,
Tesco dan Gama di Pulau Pinang, dan ia juga turut mempunyai paras asid
propionik yang melanggar undang-undang yang ditetapkan. Giant Roti Sandwic
ialah 2.9 kali lebih tinggi dan Giant Bread (Concess) 1.7 kali lebih tinggi.

Tesco Wheat Bran Bread mempunyai asid propionik 2.3 kali lebih tinggi. Tesco
White Sandwich 1.4 kali lebih tinggi (ujian 2006) tetapi dalam ujian 2005,
ia mengandungi hanya 2,062 mg/kg asid propionik, sedikit melebihi had 2,000
mg/kg yang dibenarkan oleh undang-undang.

The Four Leaves English Toast Bread yang dibeli di Pasar Raya Gama di Pulau
Pinang adalah 1.9 kali lebih tinggi.


Rangkaian Makanan Segera

Kami juga menguji ban dan burger yang dihidangkan di KFC dan McDonalds.
Semua 3 sampel yang diuji gagal dalam ujian. KFC Colonel Burger mempunyai
2.1 kali lebih tinggi bahan pengawet dan ban yang dihidangkan bersama dengan
ayam goreng lebih buruk iaitu 3.6 kali lebih tinggi. McDonalds Beefburger
mempunyai 1.7 kali lebih tinggi asid propionik dalam ban.

Kedai Roti Tempatan

Roti dari kedai roti tempatan dan dari penjual roti juga terjejas dengan
teruk. Roti itu didapati mempunyai jumlah asid propionik yang paling tinggi
datangnya dari Ismalia Bakery di Pulau Pinang yang juga turut membekalkan
roti kepada penjual roti. Ismalia Bakery Coconut Bun mempunyai asid
propionik 5.1 kali lebih tinggi berbanding had yang ditetapkan oleh
undang-undang. Sampel yang diuji ini adalah yang paling buruk. Roti tempatan
lain yang turut terjejas datang dari Rhena Bakery, Pathchee Bakery, Intisari
Bakery, Continental Bakery dan lain-lain. Untuk hasil sepenuhnya, lihat
jadual.

Asid propionik tidak berwarna, berminyak, cecair berbau hancing yang terjadi
secara semula jadi dalam binatang dan produk tenusu. Ia biasanya digunakan
sebagai racun kulat dan racun bakteria, ia mengawal kulat dan bakteria dalam
bijirin yang disimpan, kawasan simpanan bijirin, sisa buangan ternakan dan
air minuman untuk ternakan.

Dalam makanan, ia digunakan untuk mengawet makanan yang dibakar dan keju.
Bentuk lain asid propionik (contohnya kalsium dan sodium propionates) juga
ditambah ke dalam makanan untuk mencegah kulat dalam makanan dibakar kering.

Semua propionates dikatakan dikaitkan dengan sakit kepala migrain. Kajian
dari Australia pada 2002 mendapati kalsium propionate boleh menyebabkan
tingkah laku menyimpang (seperti keletihan dan tidak memberi tumpuan, jadi
mereka tidak mahu membuat kerja rumah, tidak dapat membaca dengan sempurna
dan juga mengalami gangguan tidur) pada kanak-kanak. Kesan sampingan ini
berlaku dalam tempoh beberapa dan menjadi kumulatif, demikian menurut kepada
kajian.





Tiada Penguatkuasaan

Hasil ujian oleh CAP amat mengejutkan dan kami pasti kebanyakan pengguna
akan terkejut kerana kita memakan roti dengan paras bahan pengawet yang amat
tinggi. Paling mengejutkan CAP ialah tiada pematuhan terhadap undang-undang
sepenuhnya.

Kementerian Kesihatan yang menguatkuasakan Peraturan Makanan kita tidak
menjalankan tugasnya dan dalam proses ini ia membahayakan kesihatan kita.

Pihak kementerian mestilah dengan segera bertindak untuk mendakwa syarikat
yang telah melanggar undang-undang. Mereka mestilah mengawasi dengan
berterusan kualiti roti yang dimakan setiap hari oleh berjuta rakyat
Malaysia termasuk kanak-kanak.

Nota: Jenama roti yang diuji oleh persatuan Pengguna (CAP) pada 2005 & 2006
boleh didapati di dalam akhbar Utusan Pengguna @ utusan Consumer keluaran
September- Oktober 2006 di pasaran sekarang.

APA YANG TERSEMBUNYI MENGENAI ROTI INDUSTRI MODEN?
* Tepung Beracun
* Pelembut Doh
* Sisa Racun Makhluk Perosak
* Logam Berat
* Pemutih
* Pengemulsi
* Rambut Manusia (L-cysteine)
* Agen Pengurang
* Pengawet
* Terlalu Banyak Garam
* Lemak Trans
* Terlalu Banyak Yis
* Enzim Ubah Suai Genetik
* Yis Ubah Suai Genetik
Roti hari ini adalah produk yang dihasilkan secara besar-besaran yang
bergantung kepada pelbagai proses industri, bukan kepada kemahiran
pembuatnya yang berkembang dalam tempoh beberapa abad yang lalu.

Di kebanyakan negara, termasuk Malaysia, roti dibuat di kilang besar,
sesetengahnya mampu untuk menghasilkan sehingga suku juta buku roti sehari.
Dalam usaha untuk menghasilkan roti

No comments:

Post a Comment