Friday, March 20, 2009

Akibat x solat

Subject: Ingatan Bersama : Balasan mereka tidak bersolat...

PERKARA: Balasan mereka tidak bersolat...

Pengetahuan bersama........rugi tak baca Di riwayatkan bahawa pada suatu
hari Rasulullah S.A.W
sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke
dalam masjid dengan
menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka
baginda pun berkata,

"Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W,ayah saya telah
meninggal
dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak
memandikannya."

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut
orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu,maka
Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah
orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun
kembali dan
memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat
mayat ayah
orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam." Kemudian Rasulullah
S.A.W dan
para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada
Allah W.T, kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula.
Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah
menjadi
seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada
pemuda itu, Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu
sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan
solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku,
ihatlah
keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan
dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan
sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak.

Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular
sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap
darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,
Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak
membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T

yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari
kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh
mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di
antaranya
;

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang
untuk sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya".

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA KEPADA
TEMAN TEMAN MU,
KERANA
SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU , AKAN ABADI
JIKA DIAMALKAN


No comments:

Post a Comment