Tuesday, March 31, 2009

Tips For Sharing

Anda mengetahui yg anda merindui seseorang apabila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar "Hai" daripada dia mencukupi sebagai penenang.

Ulasan 1 : Anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan. Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu. Jangan jadi terlalu 'sweet', saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.

Ulasan 2 : Seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.

Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih terimalah kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah membahagiakan kamu.

Ulasan: Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama anda, dia akan kembali.

Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu, Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

Ulasan: Hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita. yang paling berharga ialah hati yang ikhlas.

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia,maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua.

Ulasan: Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telah bertemu dengan orang yg sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja.

Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan anda benar2 bahagia. Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,"Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu,"Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yg menyayangi saya berlalu begitu sahaja."

Ulasan: Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita; kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya.

Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau diamana sahaja anda berada.

Ulasan: Bahagian 1: orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar2 anda sayangi. Bahagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya, fikirkanlah.

Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yg bakal kita sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yg kita sayangi itu terkecuali daripada standard itu. (don't be too choosy!)

Ulasan: kita amat kritikal terutamanya kepada orang yg kita sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Tetapi sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan berusaha bersama. Ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja.

Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan.Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yg bertuah.

Ulasan: Jika anda bertemu seseorang yang benar2 menghargai anda, maka dia berhak mendapat kasih anda.

Menyayangi/mencinta i itu umpama bermain piano. pertama, kita bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati.

Ulasan: kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting. Untuk mempercayai seseorang yang anda sayang/cintai, anda mestilah membuat dia mempercayai anda dahulu. Yakin terhadap diri sendiri dan pasangan anda. Jangan buat mereka ragu-ragu terhadap anda dan jangan ragu-ragu terhadap mereka

Apa kata seseorang memberitahu anda ini " saya tidak percaya dengan courtship (mendapatkan perhatian bagi memenangi seseorang). Ia cuma membuang masa sahaja.Jika saya mencintai seseorang, maka saya akan meluahkan isi hati saya kepadanya. Tetapi, ada pula pengecualian bagi anda, jika anda mencintai saya, saya akan 'court' (sentiasa cuba memenangi)anda selamanya... "

Ulasan: Cinta itu memerlukan masa untuk disedari kehadirannya. terdapat cinta pandang pertama, tetapi ia masih memerlukan masa bagi pihak satu lagi menyedarinya.

Merinduinya apabila dia tiada di sisi, mengharapkan berita daripadanya apabila berjauhan... Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang.

Ulasan: Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya terlebih dahulu; kerana jika anda berjaya, kemenangannya itu teramat manis. Tetapi, jika anda tidak mahu/berani mencubanya,anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayang/cintai selamanya.

Anda tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayang i. Anda cuma kalah jika anda bertangguh.

Ulasan: Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada orang yang anda sayang/cintai. Beritahu mereka dan biar mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka dalam hidup anda. Dengan itu, anda akan rasa lebih yakin dan puas. Dan anda akan rasa bangga terhadap diri anda kerana anda telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan hati anda.

Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana akibatnya, hanya anda yang akan sengsara; bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih sangup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya.

Ulasan: Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan. jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka andalah orang yang paling bertuah! Dia layak mendapat cinta anda.

Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.

Ulasan: Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda sayangi masuk, jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam hati.

Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu disedari. Apabila anda bercinta... ... Ia bukan 'passport' untuk anda difahami; tetapi untuk anda memahami. Ia bukan 'passport' untuk anda mengambil itu dan ini; tetapi untuk anda diambil. Ia adalah untuk anda mendengar; bukan supaya anda didengar. Ia adalah untuk anda berkorban dan bertolak ansur; bukan untuk anda meminta itu dan ini. Ia bukan untuk anda berkira2 atau mengukur; tetapi untuk anda mencintai... Jika anda telah melakukan kesemua tips diatas anda telah pun berjaya, walaupun anda telah dikecewakan, jangan salahkan diri sendiri kerana anda telah pun mencuba. Itu menunjukkan anda tiada jodoh bersamanya, terima sahaja kenyataan itu dan redha, mungkin Allah menjanjikan yang lebih baik untuk anda. Moral of the story, "Be good but don't be so nice! Believe it because it worth....

Petua 8P

Siti Nur Bahyah berkata,
1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.

"sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat"

Thursday, March 26, 2009

Mengenai wanita & kubur

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.. Ketika ditanya kepada Rasul ullah akan hal tersebut, jawab baginda, 'Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia'.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah men! catatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang s! entiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah&n! bsp; memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada
suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah! (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, 'Aku bertanya kepada Rasul ullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasul ullah, 'Suaminya. 'Siapa pula berhak terhadap lelaki?' Jawab Rasul ullah, 'Ibunya'.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suami! nya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya..

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16.. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w ) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu ! daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. 'Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

SATU PERINGATAN!!
KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK
LIMA KALI;
1. Aku rumah yang terpencil,
Maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap,
Maka teranglah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,
Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,
Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,
Maka banyaklah bacaan 'Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasul ullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;

1. Dunia itu racun,
Zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun,
Zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun,
Zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun,
Taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun,
Ramadhan itu ubatnya.

Friday, March 20, 2009

Akibat x solat

Subject: Ingatan Bersama : Balasan mereka tidak bersolat...

PERKARA: Balasan mereka tidak bersolat...

Pengetahuan bersama........rugi tak baca Di riwayatkan bahawa pada suatu
hari Rasulullah S.A.W
sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke
dalam masjid dengan
menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka
baginda pun berkata,

"Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W,ayah saya telah
meninggal
dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak
memandikannya."

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut
orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu,maka
Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah
orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun
kembali dan
memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat
mayat ayah
orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam." Kemudian Rasulullah
S.A.W dan
para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada
Allah W.T, kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula.
Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah
menjadi
seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada
pemuda itu, Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu
sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan
solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku,
ihatlah
keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan
dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan
sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak.

Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular
sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap
darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,
Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak
membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T

yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari
kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh
mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di
antaranya
;

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang
untuk sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya".

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA KEPADA
TEMAN TEMAN MU,
KERANA
SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU , AKAN ABADI
JIKA DIAMALKAN


y do we read Quran?

Why do we read Quran, even if we can't understand a single Arabic word????


This is a beautiful story

An old man lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his
young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen
table reading his Qur'an. His grandson wanted to be just like him and tried
to imitate him in every way he could.

One day the grandson asked, 'Grandpa! I try to read the Qur'an just like
you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as
I close the book. What good does reading the Qur'an do?'
The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied,
'Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of
water.'

The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back
to the house. The grandfather laughed and said, 'You'll have to move a
little faster next time,' and sent him back to the river with the basket to
try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty
before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it
was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket
instead. The old man said, 'I don't want a bucket of water; I want a basket
of water. You're just not trying hard enough,' and he went out the door to
watch the boy try again.

At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his
grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would Leak
out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into
river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again
empty. Out of breath, he said, 'See Grandpa, it's useless!'
'So you think it is useless?' The old man said, 'Look at the basket.'
The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket
was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was
now clean, inside and out.

'Son, that's what happens when you read the Qur'an. You might not
understand or remember everything, but when you read it, you will be
changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives.'
If you feel this email is worth reading, please forward to your
contacts/friends. Prophet
Muhammad (pbuh) says: 'The one who guides to good will be rewarded equally'

r u a good friend?

Something to think about. Are you a good friend...............?



1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan,

tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.

2) ** Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain,orang lain akan menghormati anda juga.

3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.

4) Hargai pendapat satu sama lain.

5) ** Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam.Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.

6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda.Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.

7) ** Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress)
menjejaskan persahabatan anda.Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan ... dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.

8) Belajar daripada satu sama lain.

9) *** Jangan mengata di belakang kawan anda.

10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.


Petua untuk Ibu2

Ramai ibu bapa kadang-kala terlalu tertumpu dengan tugas seharian sehingga lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur.

Ini ada satu petua dari ibu saya

1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2.membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.

Selamat mencuba......

bestkan jadi seorang ibu....

Sebab pilih pasangan anda

Beberapa hari lepas, ada seorang sahabat saya telah bertanya satu soalan psikologi yang saya kira sangat menarik. Ianya bukan sembarangan soalan kerana daripada jawapan yang diberikan, anda dapat mengetahui sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka.
Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya.
Nak tahu apa soalan tersebut? Baik, saya kongsikan dengan anda. Soalannya berbunyi begini.

Ada 5 perkara berlaku serentak.
1.Air mendidih kat dapur.
2.Air paip melimpah kat bilik air.
3.Bayi menangis.
4.Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.

Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan 'settle' kan terlebih dahulu?

Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan.
Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan.
Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.

Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang.

Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda.





Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...
Fikir...







OK, dah habis fikir dan buat keputusan?
Nak tahu apakah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan?

Baik, mari kita semak jawapan anda...
apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda.


* Kalau anda memilih untuk menutup air medidih : menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan 'si dia' untuk membimbing anda.

* Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air : menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.

* Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.

* Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi : menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.

* Kalau anda memilih untuk membuka pintu : menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.


Haaa macammana dengan keputusan anda? Bagus? Anda boleh bertanya soalan ini kepada rakan-rakan anda untuk mengetahui apakah perkara-perkara yang mereka utamakan dalam memilih pasangan hidup.

Wednesday, March 18, 2009

untuk renungan

Ada seorang pemuda yang lama sekolah
di luar negeri, kembali ke tanah
air. Sesampainya di rumah ia meminta
kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru
agama,kiyai atau sesiapa sahaja yang
boleh menjawab 3 pertanyaannya.

Akhirnya orang tua pemuda itu
mendapatkan orang tersebut, seorang
kiyai.

Pemuda: Anda siapa? Dan apakah bisa
menjawab pertanyaan- pertanyaan
saya?

Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan
izin-Nya saya akan menjawab
pertanyaan anda.

Pemuda: Anda yakin? Sedangkan
Profesor dan ramai orang yang pintar
tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai : Saya akan mencuba sejauh
kemampuan saya.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-

1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya

2. Apakah yang dinamakan takdir

3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang
dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka
memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi
pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa
anda marah kepada saya?

Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu
adalah jawaban saya atas 3
pertanyaan yang anda ajukan kepada
saya.

Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak
mengerti.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan
saya?

Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda: Ya!

Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan
pertama...kita semua merasakan
kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat

Kiyai : Apakah tadi malam anda
bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda: Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan
dari saya hari ini?

Pemuda: Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang
saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda: Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda: Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan
saya?

Pemuda: Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari
api dan neraka juga terbuat
dari api, jika Tuhan menghendaki maka
neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan
untuk syaitan.


Kawan kawan, sekarang anda mempunyai
dua pilihan:

1. Biarkan article ni di blog saya je(...dan kena pulak
tamparan dari 'u know who')


2. Forward article ini kepada orang yang
anda kenali dan InsyaAllah
keredhaan Allah akan dianugerahkan
kepada setiap orang yang anda kirim

Monday, March 16, 2009

Computer & Software


Sunday, March 15, 2009

Earth Hour

8:30PM local time, wherever you live on planet earth. Saturday 28 March 2009








Thursday, March 12, 2009

Italk Mobile

Anda pernah guna I talk mobile? Mymode pun ada menjual produk I talk mobile ini. dan buat pengetahuan anda..italk mobile pv dia lebih tinggi dari segala prepaid yang kita jual. Maknanya anda boleh dapat harga lebih murah dari pasaran.

produk italk mobile dijual di mymodeproduk italk mobile dijual di mymode

Kalau nak tau, Â jika buat panggilan guna Italk mobile adalah sangat murah berbanding menggunakan maxis,celcom,digi. Ini kerana rate yang dikenakan adalah selaras sahaja.Kalau tak pernah menggunakan.

Marilah kita berjinak dengan Italk mobile.

Disini saya nak bagitau tip mungkin berguna.Andaikata anda pengguna maxis, apa kata anda reload rm30, sebab boleh tahan selama 30 hari. Anda gunakan sahaja kredit maxis anda untuk sms SAHAJA. Jika anda nak buat pangilan, order I talk mobile. anda dapat pv dan jimat.

Sejak saya pandai guna I talk, rasa ketagih sahaja..call aja..sms pun dah malas ..penat tangan nak menaip . Disini saya tunjukkan langkah penggunaan italk mobile: (memang macam susah..tp bila kita paham..senang je pas tu....saya pun cam tu gak....skang sy just call guna misscall back je...)

iTalk Mobile
————
Beli iTalk, dpt pin#

i.e Beli pin# iTalk RM10

1.Bagaimana nak key in pin# utk reload
————————————–
Dial 1 800 87 3535
Ikut arahan utk masukkan pin#
Lepas tu dah boleh buat call.

2.Bagaimana nak buat call (Cara ini, charge akan dikenakan bile call no 1 800 87 3535)
————————————————————————————–
Dial 1 800 87 3535
Ikut arahan
Masukkan no destinasi dan diikuti dgn #
Line disambungkan

3.Bagaimana nak buat call (Cara ini, charge tidak akan dikenakan, charge hanya utk iTalk bila call di sambungkan)
—————————————————————————
Dial 1 800 87 3636/1 800 87 3366
Line akan auto disconnect
iTalk akan callback kita, angkat dan ikut arahan.
Masukkkan no destinasi dan diikuti dgn #
Line disambungkan

Note: Utk cara ketiga, utk pertama kali, anda perlu aktifkan no telefon anda dgn iTalk, caranya, sila rujuk item 4

4.Aktifkan No Telefon Utk iTalk utk guna servis Callback iTalk (Aktifkan sekali sahaja)
—————————————————————————————-
Dial 1 800 87 3535
Pilih bahasa
Masukkan no pin# (utk)
Pilih ‘Menu’ (ikut arahan ialah tekan *)
Pilih utk aftifkan no handphone dgn tekan 5

Panggilan iTalk ke Mobile (Ringkasan....)

1. Kalau nak buat panggilan paling murah sila gunakan 1800873535 dari talian tetap TM [15c/min].

2. Kalau nak call dari handphone pula sila guna 1800873636 missed callback (charge italk sahaja [25c/min] ) .

3. Kalau call 1800873535 melalui handphone, anda akan dikenakan 2 charge (charge italk[15c/min] + charge telco[??c/min] )

Cara2 penggunaanya
Aktifkan dulu no tel. yg awk guna tu masa mula2 aktif italk.

TAMBAHAN INFO:
BILA NAK JIMAT CAJ PANGGILAN, GUNA MISSED CALLBACK 1800 87 3636 UTK GUNA TELEFON BIMBIT SHJ.
GUNA 1800 87 3535 UTK GUNA TELEFON TALIAN TETAP SHJ.

kalau nak mudah faham, baca arahan kat website tm online atau kat manual yg diberi ketika
beli italk...ikut langkah demi langkah dan baca betul2.

1.
- dial 1800 87 3535.
- pilih bahasa.
- masukkan pin 12 digit.JANGAN tekan *.
dgr baki kad anda.
- tekan * utk menu.
- tekan 5 utk aktifkan no.telefon anda sehingga 5 nombor.


2. Setahu saya kalau kita call no italk utk mula2 nak aktifkan atau nak tambah jumlah kredit akan ditolak dari telco kita. Kalau kita call guna missed callback dari tel selain no. yg diaktifkan, caj dia lebih skitla tp tak pasti berapa.
boleh try and error dulu...


maklumat lanjut rujuk kat bwh ni...baca dan belajar sampai khatam dulu.....baru buat tau...kang silap plk kang...hehehe..

http://www.tmonline.com.my/italk_mobile/sec-faq.html

Anda juga blh join bawah sy...dapat prepaid murah dan italk murah....n dapat penjimatan melalui mymode...bergantung kepada pakej prpeaid telco anda...

http://mymode2u.via.my

Italk Mobile RM10, RM30

Call Rates
1800 87 3535
From fixed phone - 15 cents per minute
from mobile phone - 17 cents per minute
Missed Callback
1800 87 3636
From fixed phone - 24 cents per minute
from mobile phone - 25 cents per minute
Note : iTalk is charged based on a flat rate. The call rates are in per blocks of 20 sec.

The benefits of ITalk Mobile
-Easy call set-ups.
-Enjoy cheaper National and International call rates.
-Simple IVR interaction.
-Four language options.
-Able to make calls from overseas.
-Easy to use – registration of telephone number allows you to make calls without having to key in lengthy card or PIN numbers.
-Can be combined with Ring Ring Card or vice versa.
-Reloadable to Home Prepaid.